25). Nabi Muhammad SAW

 =====//=====//=====//=====//=====//=====//=====

"Nabi Muhammad  S.A.W"



"Nabi Muhammad Saw adalah penutup para Nabi atau bisa di katakan Nabi Terakhir daripada para Nabi sebelumnya"


=====//=====//=====//=====//=====//=====//=====//

Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan cikal bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia.


 Bapak bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab.


Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'bah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah ada sebelumnya.


Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Tsuwaibah, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Bani Sa'ad.


Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhirnya tiba juga wanita dari Bani Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dzuaib yang pada mulanya tidak mau menerima baginda karena Muhammad seorang anak yatim.


Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya.


Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternak dan susu kambing-kambing di wilayahnya semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang ke tempat semula ke pedalaman.




Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad


Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang Malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggung jawab untuk membedah Nabi Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyadari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua Malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.


Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Muthalib di Mekkah.


Datuk baginda, Abdul Muthalib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudaranya, mereka ditemani oleh Ummu Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapak baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.


Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang kembali ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu.


Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.


Nabi Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Ummu Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Nabi Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.


"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk"

(Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)




Abdul Muthalib Wafat


Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Muthalib menjadi satu kehilangan yang besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh di kalangan orang Arab.


Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.




Nabi Muhammad diasuh oleh Abu Thalib


Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Thalib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Nabi Muhammad. Walaupun Abu Thalib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.


Abu Thalib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.


Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Nasrani yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda.


Lalu rahib tersebut menasehati Abu Thalib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana di khawatirkan orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut.


Abu Thalib mengikuti nasehat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang banyak.


Muhammad juga telah menjadi sebagian dari keluarganya. Baginda mengikuti mereka ke pasar-pasar yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.


Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda menggembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Mekkah.


Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".


Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati.


Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang.


 Lalu dia meluapkan rasa hatinya untuk menikah dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya, lalu berlangsunglah per-nikahan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Nabi Muhammad dan Khadijah sebagai suami istri.




Turunnya Wahyu Pertama


Pada usia 40 tahun, Nabi Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai Nabi semesta alam.


Ketika itu, baginda berada di Gua Hiro' dan senantiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad.


"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)


Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang coba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah di alami.,


Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala.


Khadijah istrinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Thalib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda. Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.




Dakwah Secara Terang-terangan


Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.


"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik."

(Al-Hijr, 15:94)


Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri.


Tidak pula bagi Abu Thalib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah karena mendapat per-tentangan yang hebat dari kaum Quraisy.


Lalu dia bertanya tentang rencana Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:


"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa karenanya"


Baginda menghadapi ber-bagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemo'ohan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Mekkah yang jahil dan keras hati untuk beriman kepada Allah.


Bukan Rasulullah saja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasakan penderitaan tersebut seperti Ammar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.




Wafatnya Khadijah dan Abu Thalib


Rasulullah amat sedih melihat tingkah laku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti.


Kesedihan itu makin bertambah ketika istri kesayangan baginda wafat pada tahun kesepuluh kenabian nya. Istri baginda yang tidak pernah lelah membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak lelah menghibur Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.


Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Thalib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.




Hijrah Ke Madinah


Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian istri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah di bayangi ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.


Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Anshar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullah S.a.w sendiri.




Negara Islam Madinah


Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum kafir yang lain.


Namun begitu, Nabi Muhammad S.a.w berjaya juga menumbuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam.


Baginda dilantik sebagai ketua Agama, tentara dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang seksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah konon atau perjanjian bertulis telah dibentuk.


Piagam ini mengandung beberapa pasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum kafir dan merangkum aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.


Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara.


Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentara untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam.


 Peperangan yang ditempuhi baginda ialah:


Perang Badar (623 M/2 H),

Perang Uhud (624 M/3 H),

Perang Khandak (626 M/5 H)

dan Perang Tabuk (630 M/9 H).


Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.


Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah.


Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah di iktiraf. Nabi Muhammad S.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10.000 orang para pengikutnya.


Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:


"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahwa Tuhan kalian Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam A.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah S.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kalian dua perkara dan kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu,

iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."




Wafatnya Nabi Muhammad S.a.w


Baginda telah wafat pada bulan Juni tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggung jawab, berilmu dan bijaksana.


 Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.




Itulah sepercik kisah tentang Nabi Muhammad Saw,. Untuk kisah lengkapnya dapat kalian cari ketika di majelis Taklim, kajian Islami dan pada guru-guru, maupun Ulama sekalian.,,


Wallahu alam bishowab..,

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Bekam Sunnah (Home Care)

1). Nabi Adam AS

LZ De'amour Skincare